Kelas Mencipta Logo Menggunakan Canva
26 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada zaman media sosial ini, pengguna semakin menggemari seni visual berbanding dengan teks. Oleh itu, penggunaan imej grafik adalah sangat penting bagi menyampaikan mesej termasuk pengiklanan, pertandingan, penjualan, pengumuman dan sebagainya. Canva sangat popular di kalangan pengguna atas talian kerana ia mempunyai koleksi contoh draf yang sangat banyak dan menepati citarasa terkini pengguna. Pengguna juga boleh menyunting imej, memasukkan ikon dan teks. Selain daripada untuk kegunaan pemasaran dan pengiklanan atas talian, Canva juga boleh menghasilkan persembahan, infografik, resume, kulit buku dan banyak lagi. Satu lagi kelebihan Canva ialah ia mempunyai aplikasi di telefon pintar.
Oleh itu, pada 25 September 2020, hari Jumaat yang lalu seramai 8 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang untuk menyertai Kelas Mencipta Logo Menggunakan Canva yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kelas yang berlangsung selama tiga (2) jam ini melibatkan aktiviti pelajar mencipta logi menggunakan aplikasi Canva.
Kami di Pusat Internet Lawang sentiasa menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: